SELAMAT DATANG KE MHP ENTERPRISE SDN BHD

Produk Halal Berkualiti Matlamat Kami

Selamat Datang...

SEJARAH BERMULANYA BAHULU



Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. 

Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya- pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan.

Secara amnya kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai,bahulu lapis dan bahulu gulung. 

Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati dipasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional.



Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan resepiyang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak sapi danbahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.

Mengikut sejarah orang-orang dahulu, perkataan BAHULU atau BAULU adalah datang darifrasa "buah tangan daru hulu". 

Ini kerana orang-orang dahulu menggunakan pengangkutan airsebagai jalan utama. Oleh kerana ketinggian budi orang Melayu, mereka sangat menghormati tetangga dan saudara mara.

Kuih   Baulu   ini   merupakan   kuih   tradisional   orang Melayu  dari  zaman  dahulu.  

Masa  dahulu  untuk  membuat  kuih  baulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya. 

Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. 

Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk.

Zaman   berlalu   maka   terbentuklah  kuih  ini  dalam   pelbagai   corak.   

Pada   awalnya bentuk Bujur Cermai. Kini masyarakat cina mula menggemarinya. Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan di muka bumi ini. 

Kuih   Baulu   kini   telah   menjadi   menu   utama   di   dalam  hidangan masyarakat   Melayu   pada   hari-hari   perayaan   atau   pada   majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. 

Di MHP Enterprise, kami turut menyediakan produk bahulu cermai, bahulu ikan, bahulu lapis jem nenas dan bahulu pecah lapan.

Ia sesuai untuk dihidangkan ketika kenduri, majlis perayaan dan boleh dijadikan tetamu semasa kenduri.






PROFAIL MHP ENTERPRISE




MHP Enterprise

MHP ENTERPRISE 
MHP Enterprise
( Pejabat Urusan / Pusat Jualan )
Lot 051 Parit 7, Sungai Leman, 45400 Sekinchan ,
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 03-3241 3957
No Faks : 03-3241 7482
E-mail : mhpenterprise2020@yahoo.com

MHP Enterprise
( Kilang Pemprosesan Kuah Kacang/ Kuah Rojak )
Bangunan PKPS Landscapping & Services
Lot PT 4268, parit 7, Sungai Leman,
45400 Sekinchan, Selangor Darul Ehsan
No Tel : 03-32417024


Pemilikan 
Perniagaan Perkongsian :
i) Haji Punari @ Zainuddin Bin Salleh
ii) Hajjah Mastura Binti Senon
iii) Musleha Binti Zainuddin

Perniagaan
Pengeluar Makanan Ringan Islam

Sijil Halal
Sijil Dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.
Diperbaharui setiap 2 tahun.

Mula Didaftarkan
06hb Julai 1992

Jenama ;
Agromas (FAMA)
MASRI

Jumlah pekerja: 30 orang ( pekerja tetap dan sementara)

PASAR TANI KERAMAT PERMAI AMPANG (pasar),
TAMAN KERAMAT PERMAI,
54200 KUALA LUMPUR, Kuala Lumpur, Malaysia

PASAR TANI JALAN KUCHING (pasar),
JALAN JAMBU MAWAR,
52000 KUALA LUMPUR, Kuala Lumpur, Malaysia

RNR Agrobazaar Kuala Selangor (R&R),
AGROBAZAAR KUALA SELANGOR LOT 852 BATU 2 JALAN BERNAM,
45000 KUALA SELANGOR, Selangor, Malaysia

Produk-produk
1. Kuah Kacang / Kuah Pecal
2. Kuah Rojak
3. Pelbagai jenis bahulu
- Bahulu ikan kecil / besar
- Bahulu cermai
- Bahulu bunga / bahulu pecah lapan
- Bahulu Gulung
- Bahulu lapis
4. Pelbagai jenis rempeyel
- Rempeyek kacang tanah
- Rempeyek kacang dal
- Rempeyek kacang hijau
5. Kuah Ros
6. Kuih Bangkit Santan
7. Biskut Mazola
8. Dodol
9. Jejari Udang
10. Jejari Bilis
11. Kerepek Ubi Masin
12. Kerepek Ubi Pedas Kering
13. Kerepek Ubi Pedas Basah
14. Kerepek Ubi Berperisa BBQ
15. kepek Ubi Berperisa Lada Hitam
16. Kerepek Ubi Halus
17. Kerepek Bawang
18. Meruku
19. Kerepek Pisang

Waktu Operasi Setiap hari : 08.00 pagi sehingga 06.00 petang.

PRODUK MHP ENTERPRISE


MHP ENTERPRISE- MAHA 2008