SELAMAT DATANG KE MHP ENTERPRISE SDN BHD

Produk Halal Berkualiti Matlamat Kami

Selamat Datang...

Graduan Jadi Usahawan Kuih


MENJUAL kuah rojak, makanan ringan serta produk pertanian di pasar tani pada tahun 1990-an merupakan titik permulaan bagi Punari @Zainudin Salleh, membina empayar perniagaannya.


"Ketika mula-mula menceburi perniagaan pasar tani saya hanya memikirkan mencari rezeki untuk keluarga," katanya ketika ditemui di premisnya di Sungai Leman, Sekinchan, Selangor.


Sebelum berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dia pernah bekerja sebagai buruh di Singapura dan berkebun.


Matlamatnya hanya satu, untuk mencari rezeki bagi anak-anak dan isteri.


Selepas lebih 10 tahun berkecimpung dengan perniagaan kecil-kecilan, akhirnya dengan bantuan dan galakkan isteri Mastura Senon, dia berjaya membina empayar MHP Enterprise.


Menggunakan jenama Masri, gabungan nama suami isteri Mastura dan Punari - memberikan tuah kepada Punari sehingga produknya berjaya mendapat tempat di rak-rak di pasar raya besar seperti Giant.


Sebagai pengasas, Punari memulakan usaha kecil membangunkan MHP Enterprise hanya dengan modal RM10,000.


"Siapa sangka produk yang bersifat kampung seperti kerepek, baulu, rempeyek dan biskut tradisional mempunyai potensi yang cukup tinggi dan unik di pasaran," katanya.


Ini yang menjadi kekuatan awal kepada syarikatnya dalam ruang modal yang terbatas dan infrastruktur serba sederhana menjadi kuat daripada semasa ke semasa.


Bagaimanapun, tidak mahu terlalu lama mengetuai MHP Enterprise, Punari memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak sulungnya, Musleha Punari.




Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Musleha berjaya membawa pelbagai peningkatan kepada produk jenama Masri dan MHP Enterprise.


Sebagai pengurus MHP Enterprise, Musleha berjaya melonjakkan jualan kasar selain mendapat pengiktirafan halal daripada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha membawa produk syarikat ke pasaran yang lebih luas.


"Pada mulanya saya menangis apabila ayah memberikan tanggungjawab menguruskan MHP Enterprise.


"Mana tidaknya, dengan kelulusan yang ada tentu saja saya berpeluang menjawat jawatan lebih baik di syarikat antarabangsa," katanya.


Mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan MHP Enterprise kini mempunyai 30 orang pekerja tetap dan sementara.


Bukan itu saja, kini MHP Enterprise juga menjadi pusat jualan untuk produk-produk makanan ringan tradisional yang diusahakan oleh penduduk sekitar.


Kini MHP Enterprise banyak menerima pelawat yang menginap di hotel dan inap desa sekitar Kuala Selangor, Sekinchan dan kawasan sekitarnya selain peserta kursus dari agensi kerajaan dan swasta.


"Kami juga menerima delegasi dan pelancong asing seperti Iran, Belanda, Indonesia, Perancis, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Nepal, Filipina, Singapura, Myanmar, Brunei dan Thailand," kata Musleha.


MHP Enterprise akan terus memandang ke hadapan dan disasarkan selepas ini, syarikat terbabit akan mengembangkan perusahaannya dengan mewujudkan lebih banyak cawangan.


Di samping peningkatan kualiti terhadap produk melalui kerjasama penyelidikan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Sirim Berhad dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di harap produk selepas ini boleh menembusi dan bersaing di pasaran global pula.


Bagi yang berminat boleh melayari laman blog www.mhp2020.blogspot.com atau hubungi Musleha di 019-3682346

Potensi Industri Makanan Halal US$547 Bilion Setahun





Industri berasaskan makanan mempunyai peluang dan potensi amat besar maju ke hadapan jika diusaha dengan serius dan memanfaatkan segalanya dengan bijak.

Industri makanan halal mempunyai peluang yang sangat besar dengan Malaysia sahaja sebagai pasaran domestik tersedia untuk makanan halal yang penduduk majoritinya beragama Islam. 

Dengan jumlah penduduk Islam di dunia seramai 2 bilion sekarang, pasaran global untuk makanan halal dianggarkan kira-kira US$547 bilion setahun.

Di samping itu,industri makanan halal disokong oleh agensi kerajaan seperti  Halal Development Corporation Sdn Bhd (HDC) yang memperakui produk makanan halal. 

Untuk memastikan kualiti produk halal, Kerajaan melalui SIRIM Berhad telah memperkenalkan MS1500:2004, pensijilan makanan halal yang menggabungkan GMP dengan keperluan sanitari.


Memandangkan industri makanan halal mempunyai potensi yang tinggi, Kerajaan terus meningkatkan dan mengembangkan tenaga kerjanya melalui program latihan di pusat latihan awam dan swasta. 

Latihan dan kursus memproses makanan banyak ditawarkan untuk mengeluarkan graduan sains makanan dan teknologi yang berkelayakan sebagai memenuhi permintaan industri. 

Agensi Kerajaan yang berkaitan menganjurkan kursus pengurusan ladang dan teknologi pengeluaran serta teknologi pemprosesan makanan seperti:

- Institut Kajian dan Pembangunan Pertanian Malaysia
- Jabatan Perikanan
- Jabatan Perkhidmatan Veterinar
- FAMA

REMPEYEK: Sejarah Bermula...

MHP Enterprise turut mengeluarkan pelbagai jenis Rempeyek

REMPEYEK adalah kuih tradisional popular masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Jawa  yang disediakan pada musim perayaan dan juga kenduri.

Ada juga menamakannya dengan nama 'Peyek' kerana mudah disebut. 

Dilaporkan Kuih tradisional yang popular ini juga terdapat dibeberapa negara jiran seperti di Indonesia, Singapura dan Brunei dengan ramuan dan bentuknya agak berlainan.

Kuih rempeyek yang berasaskan kepada tepong beras, kacang tanah, ikan bilis, daun cekur dan beberapa kombinasi rempah disediakan melibatkan kemahiran dan resepi yang khusus. 




Terdapat tiga jenis rempeyek iaitu Rempeyek Kacang Tanah, Rempeyek Kacang Hijau dan juga Rempeyek Kacang Soya. 

Rempeyek Kacang Hijau dan Kacang Soya lebih sesuai dengan panggilan 'Kuih Tumpi' dikalangan masyarakat jawa. 







Kuah Kacang AGROMAS di SHOPEE






AGROMAS KUAH KACANG

Penerangan Produk

Ramuan : Kacang Tanah, Bawang Merah, Bawang Putih, Asam Jawa, Cili Merah, Minyak Masak.

Berat Produk: 150 gram

JUALAN DI SHOPEE : KLIK  DI SINI : https://shopee.com.my/AGROMAS-KUAH-KACANG-150GM-i.29795074.1198712722





Kerepek Ubi Pelbagai Perisa


Kerepek Ubi dihasilkan MHP Enterprise dengan pembungkusan menarik


Kerepek ubi merujuk kepada kerepek yang dihasilkan dari pokok ubi. Ubi yang dikopek akan dibasuh dan direndam didalam air bersih. 

Kemudian ubi akan di hiris halus dan digoreng .Terdapat juga kerepek ubi yang digoreng dan disira dengan cili sambal bagi menghasilkan kerepek ubi sira pedas. 

Ada juga kerepek ubi yang diberikan pelbagai perisa seperti BBQ, Lada Hitam, Pedas Basah, Pedas Kering.

Ia mudah dimakan begitu sahaja ketika santai atau kenduri kahwin dan untuk jamuan ringan.

Bagaimana Kuih Ros Memperolehi Nama?

Kuih Ros Antara Produk Dikeluarkan MHP ENTERPRISE
Kuih loyang atau juga dikenali sebagai kuih ros, kuih bunga durian kuih cap dan kuih goyang merupakan sejenis kuih tradisi India yang diperbuat dari tepung beras yang digoreng dalam minyak masak.

Kuih ini berasal daripada kuih tradisional yang berasal dari India, khususnya selatan India (Tamil Nadu dan Kerala), di mana kuih ini dikenali sebagai 'Achu Murukku' atau 'Achappam', rasanya juga manis.

Di Malaysia, kuih ini dinamakan kuih goyang kerana selepas acuannya dicelup dalam adunan tepung cair, kuih ini dicelup ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan agar tanggal. 

Kuih Ros menjadi pilihan ramai

Nama ros pula sempena bentuknya menyerupai bunga. Nama loyang pula mungkin kerana acuannya diperbuat daripada logam loyang.

Warna asal kuih ini adalah keemasan, tetapi kini terdapat kuih goyang pelbagai warna.

Kuih ini biasanya dibuat semasa musim perayaan Hari Deepavali, Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.

Di MHP Enterprise, Kuih Ros juga dihasilkan dan dimasukkan dalam Kanister.







Selamat Datang Ke MHP Enterprise


Boleh KLIK di sini untuk ikuti dokumentari
pendek berkenaan MHP Enterprise

Escape To Sekinchan

Sekinchan Paddy Field
Photo By: MOHD EZLI




By ALICIA MUN
THE STAR ONLINE

The small yet beautiful town of Sekinchan is the perfect getaway for those searching to escape the busy city life.

Tucked in the district of Sabak Bernam, 30km away from Kuala Selangor, Sekinchan boasts six main attractions — mangoes, migratory birds, orchards, padi fields, seafood, and swiftlet nests.

The ride to Sekinchan is scenic with oil palm trees along the coastal road, stalls selling handmade cotton pillows, eateries offering a wide variety of local delicacies, and suddenly, almost in the middle of nowhere, vast expanses of padi fields bordering a stretch of fishing villages.

Sekinchan, which literally means “village suitable for plantation” in Chinese, lives up to its name as the town is the rice bowl of Selangor.


green flat carpet of paddy fields makes your mind to feel so calm and relaxing.
•••••
Best #attraction around Selangor. Let's explore!
📸 @aind75 via instagram
📍Sekinchan Paddy Field, Sabak Bernam

#discoverselangor

Large plots of land are cultivated to produce the staple food of Malaysians. This area is well-known for its high yield of rice and mechanised farming methods.

The place is also famous for its many fruit orchards with mangoes being one of the main attractions of Sekinchan.

Ciku and jambu air, too, are popular among both the residents of the town as well as visitors because these sweet and juicy fruits are simply mouth-watering especially on a hot day. The size of the fruits grown in Sekinchan is also something that must be noted as well.


Seafood is another one of the many charms of the quaint town.


The row of restaurants right in front of the fishing jetties is the reason why people are willing to travel all the way to Sekinchan just to satisfy their cravings for fresh seafood.

Many including both locals and foreigners believe that birds’ nests are luxurious food that contain many health benefits.


Sekinchan also upholds its reputation as the town with the swiftlet nests. Swiftlet nests are also better known or more commonly known in the food industry as birds’ nests.

The padi fields is dotted with many customised building structures that are the homes of the swiftlets. Visitors can take a look inside these structures that have been specially constructed for the swiftlets to build their nests.

With padi fields covering almost the entire landscape of Sekinchan, this also means that there are many opportunities for the exciting activity of eel-fishing.


Photo By: DISCOVER SEKINCHAN

When the padi fields are being harvested, the water level is lowered. This is the best time to fish for eels as they will be trapped in their nests. The eels will be all hungry waiting for the water level to increase again.

Eel-fishing is a common activity among the locals in Sekinchan during the padi harvesting season.

The residents said they had experimented with and seen different types of innovation in fishing rods.

According to an avid group of residents who love eel-fishing, you can even use your finger as a fishing rod if you want.

However, it is actually simple to make your own fishing rod.

All you need is a fairly long and straight stick, preferably with an uneven end to prevent the nylon string from slipping off the pole.

Then, after you have tied one end of the nylon string to the stick, carefully attach a hook to the other end of the nylon string. Finally, hook on a small piece of chicken intestine as bait and you are all set to go eel-fishing.

You can also use any other items that are suitable to be substituted as bait.

All that is left to be done now is to search for holes in the mud along the water irrigation of the padi fields.

If there is an eel in the hole, there will be tiny bubbles around the hole or the water around the hole will turn murky, signalling the presence of an eel in the hole.

Besides looking out for these signs, you must also be patient and continuously dangle the bait slightly above or below the water level of the hole.

If you feel that there is a tension of something pulling at your stick, then pull your stick out of the hole as hard and as quickly as you can. That is how you catch an eel. It may seem like an easy task but eel-fishing actually requires a great amount of patience.

There is no hidden secret to it but eel-fishing is exciting as it gives you that rush of adrenaline while you are waiting to catch an eel.

With so much to offer, Sekinchan is a relaxing place that allows people to fully appreciate the charms of a small yet interesting town.

The picturesque landscape of Sekinchan especially when the sun sets against the vast padi fields and stretch of fishing villages is the one of the many reasons why people also call this town “a photographer’s haven”.

Watch YNN’s exploits in Sekinchan on Thestaronline.tv/Switchup