Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian.
Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya- pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan.
Secara amnya kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai,bahulu lapis dan bahulu gulung.
Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati dipasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional.
Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan resepiyang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak sapi danbahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.
Mengikut sejarah orang-orang dahulu, perkataan BAHULU atau BAULU adalah datang darifrasa "buah tangan daru hulu".
Ini kerana orang-orang dahulu menggunakan pengangkutan airsebagai jalan utama. Oleh kerana ketinggian budi orang Melayu, mereka sangat menghormati tetangga dan saudara mara.
Kuih Baulu ini merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu.
Masa dahulu untuk membuat kuih baulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya.
Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong.
Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk.
Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak.
Pada awalnya bentuk Bujur Cermai. Kini masyarakat cina mula menggemarinya. Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan di muka bumi ini.
Kuih Baulu kini telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan.
Di MHP Enterprise, kami turut menyediakan produk bahulu cermai, bahulu ikan, bahulu lapis jem nenas dan bahulu pecah lapan.
Ia sesuai untuk dihidangkan ketika kenduri, majlis perayaan dan boleh dijadikan tetamu semasa kenduri.