Kuih Ros Antara Produk Dikeluarkan MHP ENTERPRISE |
Kuih ini berasal daripada kuih tradisional yang berasal dari India, khususnya selatan India (Tamil Nadu dan Kerala), di mana kuih ini dikenali sebagai 'Achu Murukku' atau 'Achappam', rasanya juga manis.
Di Malaysia, kuih ini dinamakan kuih goyang kerana selepas acuannya dicelup dalam adunan tepung cair, kuih ini dicelup ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan agar tanggal.
Kuih Ros menjadi pilihan ramai |
Nama ros pula sempena bentuknya menyerupai bunga. Nama loyang pula mungkin kerana acuannya diperbuat daripada logam loyang.
Warna asal kuih ini adalah keemasan, tetapi kini terdapat kuih goyang pelbagai warna.
Kuih ini biasanya dibuat semasa musim perayaan Hari Deepavali, Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.
Di MHP Enterprise, Kuih Ros juga dihasilkan dan dimasukkan dalam Kanister.