SELAMAT DATANG KE MHP ENTERPRISE SDN BHD

Produk Halal Berkualiti Matlamat Kami

Selamat Datang...

Wisma MASRI - MHP Enterprise Sdn Bhd



Bangunan baru - Agro Bazaar K Shoope MHP Enterprise pusat jualan pelbagai makanan tradisional di Parit 7 Sekinchan Selangor yang dibuka awal 2011 dengan kemudahan tempat letak kereta yang lebih luas dan premis yang lebih selesa.


Agrobazaar “K-Shoppe” MHP Enterprise Sdn Bhd (932047D) menawarkan pemasaran produk industri asas tani melalui pendekatan pemasaran yang lebih berfokus, teratur dan meluas.

Menggunakan jenama MASRI, Agrobazaar K-Shope MHP Enterprise Sdn Bhd berfungsi menjadi 1 Stop Centre bagi produk usahawan IKS yang menjalankan perusahaan makanan ringan berasaskan pertanian .


Antara produk keluaran MHP ENTERPRISE

Diasaskan oleh Haji Punari @ Zainuddin Haji Salleh dan Hajjah Mastura Senon, MHP Enterprise Sdn Bhd turut menerima tempahan bagi majlis keraian dan korporat serta hamper dengan nilai RM30, RM50, RM100 dan ke atas.

Pengurusnya, Musleha Zainuddin berkata, MHP menawarkan pelbagai dan kelainan produk industri makanan tradisional dan mendapat pengiktirafan Sijil Halal dan jaminan kualiti pengeluarannya.

Produk MHP Enterprise : Bahulu Cermai/ Ikan, Bahulu Pecah Lapan, Bahulu Gulung Jem Nenas/Lapis, Biskut Bangkit Santan/ Pandan/ Keladi, Kuih Tiram, Kuih Ros, Rempeyek Kacang Tanah/ Dal/ Hijau dan Mini.




Turut ditawarkan di Agrobazaar K-Shoppe MHP Enterprise Sdn Bhd adalah Kuah Pecal/ Kacang, Kuah Rojak, Biskut Mazola, Biskut Tart nenas, Jejari Udang/Bilis, Dodol, Kek Pisang/ Gula Hangus/ Marble, Kerepek Ubi Masin, Kerepek Ubi Perisa BBQ, Kerepek Ubi Perisa Lada Hitam, Kerepek Ubi Perisa Pedas Basah, Kerepek Ubi Perisa Pedas Kering, Maruku, Kerepek Bawang dan pelbagai lagi.

Pihaknya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar produk IKS dengan tawaran harga kilang dengan menghubungi Agrobazaar K-Shoppe MHP Enterprise Sdn Bhd.



Latar Belakang

Menjual kuah rojak, makanan ringan serta produk pertanian di pasar tani pada tahun 1990-an merupakan titik permulaan bagi Punari @Zainudin Salleh membina empayar perniagaannya.


Seribu langkah itu bermula daripada langkah pertama. Itulah kata kata perangsang kemajuan perniagaan MHP Enterprise milik pasangan suami isteri, Punari Salleh dan Mastura Senon bersama anak sulung mereka, Musleha. 

Cerita insan tabah yang membangunkan MHP Enterprise itu, semua yang dimiliki hari ini bermula dengan perniagaan pertanian secara kecil-kecilan di pasar tani yang diwujudkan oleh FAMA di sekitar Lembah Klang. "Semua kerja juga dijalankan secara tradisional.


Tidak ada mesin mahupun tenaga kerja yang ramai untuk bangunkan perniagaan ini," ujar Punari dengan loghat jawa yang pekat ketika ditemui di kilang MHP Enterprise, Sekinchan, Kuala Selangor, baru-baru ini. 

Pada peringkat awal perniagaan itu, Punari memasarkan produk ke pasar tani "Waktu itu, pendapatan syarikat yang disumbangkan oleh pasar tani ialah 70 peratus dan pusat jualan di Parit 7 Sungai Leman hanya 30 peratus.

"Tetapi kini peratusan pendapatan itu dah terbalik. Ia menunjukkan perkembangan yang cukup memberangsangkan," kata Punari. 

Kini, selepas lebih 10 tahun berkecimpung dengan perniagaan kecil-kecilan, akhirnya dengan bantuan dan galakkan isteri Mastura Senon, dia berjaya membina empayar MHP Enterprise.

"Berkat kesabaran yang tinggi, perniagaan ini sudah berkembang sampai ke tahap ini. MHP Enterprise dibangunkan dengan modal RM10,000. Pada masa itu, modal saya gunakan hanya untuk beli, bungkus dan pasarkan jualan.

Usaha gigih pasangan itu menerusi perniagaan kerepek telah membuka mata pihak tertentu untuk sama-sama membangunkan perusahaan tersebut. Menggunakan jenama Masri, gabungan nama suami isteri Mastura dan Punari - memberikan tuah kepada Punari sehingga produknya berjaya mendapat tempat di rak-rak di pasar raya besar seperti Giant.

"Siapa sangka produk yang bersifat kampung seperti kerepek, baulu, rempeyek dan biskut tradisional mempunyai potensi yang cukup tinggi dan unik di pasaran," katanya. Ini yang menjadi kekuatan awal kepada syarikatnya dalam ruang modal yang terbatas dan infrastruktur serba sederhana menjadi kuat daripada semasa ke semasa.




Bagaimanapun, tidak mahu terlalu lama mengetuai MHP Enterprise, Punari memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak sulungnya, Musleha Punari. 

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Musleha berjaya membawa pelbagai peningkatan kepada produk jenama Masri dan MHP Enterprise.




Sebagai pengurus MHP Enterprise, Musleha berjaya melonjakkan jualan kasar selain mendapat pengiktirafan halal daripada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha membawa produk syarikat ke pasaran yang lebih luas. 

"Pada mulanya saya menangis apabila ayah memberikan tanggungjawab menguruskan MHP Enterprise. "Mana tidaknya, dengan kelulusan yang ada tentu saja saya berpeluang menjawat jawatan lebih baik di syarikat antarabangsa," katanya.

Mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan MHP Enterprise kini mempunyai 40 orang pekerja tetap dan sementara. 




Bukan itu saja, kini MHP Enterprise juga menjadi pusat jualan untuk produk-produk makanan ringan tradisional yang diusahakan oleh penduduk sekitar.

Kini MHP Enterprise banyak menerima pelawat yang menginap di hotel dan inap desa sekitar Kuala Selangor, Sekinchan dan kawasan sekitarnya selain peserta kursus dari agensi kerajaan dan swasta. 

"Kami juga menerima delegasi dan pelancong asing seperti Iran, Belanda, Indonesia, Perancis, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Nepal, Filipina, Singapura, Myanmar, Brunei dan Thailand," kata Musleha.

MHP Enterprise akan terus memandang ke hadapan dan disasarkan selepas ini, syarikat terbabit akan mengembangkan perusahaannya dengan mewujudkan lebih banyak cawangan. 




Di samping peningkatan kualiti terhadap produk melalui kerjasama penyelidikan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Sirim Berhad dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di harap produk selepas ini boleh menembusi dan bersaing di pasaran global pula.

Bagi yang berminat boleh melayari laman blog www.mhp2020.blogspot.com atau hubungi Musleha di 019-3682346 atau 03-32413957

JOM APA LAGI...KITA TEROKAI SEKINCHAN