SELAMAT DATANG KE MHP ENTERPRISE SDN BHD

Produk Halal Berkualiti Matlamat Kami

Selamat Datang...

Potensi Industri Makanan Halal US$547 Bilion Setahun





Industri berasaskan makanan mempunyai peluang dan potensi amat besar maju ke hadapan jika diusaha dengan serius dan memanfaatkan segalanya dengan bijak.

Industri makanan halal mempunyai peluang yang sangat besar dengan Malaysia sahaja sebagai pasaran domestik tersedia untuk makanan halal yang penduduk majoritinya beragama Islam. 

Dengan jumlah penduduk Islam di dunia seramai 2 bilion sekarang, pasaran global untuk makanan halal dianggarkan kira-kira US$547 bilion setahun.

Di samping itu,industri makanan halal disokong oleh agensi kerajaan seperti  Halal Development Corporation Sdn Bhd (HDC) yang memperakui produk makanan halal. 

Untuk memastikan kualiti produk halal, Kerajaan melalui SIRIM Berhad telah memperkenalkan MS1500:2004, pensijilan makanan halal yang menggabungkan GMP dengan keperluan sanitari.


Memandangkan industri makanan halal mempunyai potensi yang tinggi, Kerajaan terus meningkatkan dan mengembangkan tenaga kerjanya melalui program latihan di pusat latihan awam dan swasta. 

Latihan dan kursus memproses makanan banyak ditawarkan untuk mengeluarkan graduan sains makanan dan teknologi yang berkelayakan sebagai memenuhi permintaan industri. 

Agensi Kerajaan yang berkaitan menganjurkan kursus pengurusan ladang dan teknologi pengeluaran serta teknologi pemprosesan makanan seperti:

- Institut Kajian dan Pembangunan Pertanian Malaysia
- Jabatan Perikanan
- Jabatan Perkhidmatan Veterinar
- FAMA