MHP Enterprise turut mengeluarkan pelbagai jenis Rempeyek |
REMPEYEK adalah kuih tradisional popular masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Jawa yang disediakan pada musim perayaan dan juga kenduri.
Ada juga menamakannya dengan nama 'Peyek' kerana mudah disebut.
Dilaporkan Kuih tradisional yang popular ini juga terdapat dibeberapa negara jiran seperti di Indonesia, Singapura dan Brunei dengan ramuan dan bentuknya agak berlainan.
Kuih rempeyek yang berasaskan kepada tepong beras, kacang tanah, ikan bilis, daun cekur dan beberapa kombinasi rempah disediakan melibatkan kemahiran dan resepi yang khusus.
Rempeyek Kacang Hijau dan Kacang Soya lebih sesuai dengan panggilan 'Kuih Tumpi' dikalangan masyarakat jawa.