Laman Utama

10 Tempat Menarik Yang MESTI DILAWATI Di Sekinchan


Pemandangan udara sawah padi di Sekinchan


Bila sebut Sekinchan, apa yang terbayang di mata anda? Pastinya sawah padi yang menghijau seluas mata memandang serta kawasan pesisir pantai dengan hasil laut.

Sekinchan merupakan salah satu kawasan penanaman padi yang utama dan menonjol di Malaysia. 

Ia terletak dalam daerah Sabak Bernam, di pantai barat negeri Selangor arah utara dan dihubungkan dengan jalanraya utama Laluan Persekutuan 5 yang menghubungkannya antara pekan Sabak Bernam dan Tanjung Karang.

Jom kami kongsikan tempat menarik di Sekinchan yang boleh anda lawati bersama keluarga dan rakan.

1. MHP ENTERPRISE (WISMA MASRI)

Ini adalah tempat paling utama untuk dilawati bagi mendapatkan kudapan dan menikmati kerepek, bahulu dan kuih yang ditawarkan pada harga menarik.

Anda boleh meninjau cara pembuatan kuih bahulu dan merasai sendiri kehangatan kuih bahulu yang 'fresh' daripada oven.

Di sini juga adalah Pusat Sehenti bagi Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) di sekitar Sungai Besar, Tanjong Karang dan seluruh Selangor.

Berhampiran dengan WISMA MASRI di Parit 7 Sungai Leman ini (kira-kira 1-2  kilometer) anda boleh merasai makanan 'rare' seperti Mentarang dan lain-lain.




2. Sawah Padi Terbentang Luas Dan Tercantik

Sekinchan sememangnya terkenal dengan bendang sawah padi yang terbentang luas, saujana mata memandang. Bagi penduduk bandar terutamanya, pemandangan sawah padi yang menenangkan pastinya membuatkan anda berasa teruja. 

Sekinchan adalah pengeluar hasil beras mengikut tan paling tinggi di Malaysia. 

Jumlah empat tan sehektar adalah purata penghasilan padi yang direkodkan bagi seluruh negara, namun di Selangor terutamanya pesawah di Sekinchan mampu menghasilkan sehingga 13 tan metrik padi sehektar dengan gred bermutu tinggi. 

Angka ini melebihi had minimum yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu tujuh hingga lapan tan sehektar manakala rata-rata penghasilan padi oleh pesawah di Selangor ialah 8-10 tan sehektar.

Panorama sawah padi di Sekinchan dan sekitarnya sering menggamit perhatian jurugambar amatur dan profesional selain tumpuan pengambaran drama dan filem. "The Seeds of Life", sebuah drama Cina tempatan, mengambil tempat pengambarannya di sini.




3. Kilang memproses padi PLS Marketing

Kalau ada sawah padi, pasti ada kilang untuk memprosesnya, bukan? Kalau anda pergi ke Sekinchan, jangan lupa untuk singgah ke kilang memproses padi untuk melihat bagaimana padi diproses menjadi beras dan akhirnya sampai ke dalam pinggan anda sebagai nasi.

Anda boleh melihat kilang memproses padi PLS Marketing yang terletak tidak jauh dari Padi Box. 

Selepas membeli tiket di kaunter, anda akan dibawa ke sebuah bilik untuk menonton video yang menunjukkan proses penghasilan beras. 

Iaitu bermula dengan kerja penanaman padi, bagaimana menjaga padi daripada serangan makhluk perosak, proses menuai padi, dan seterusnya proses menghasilkan beras.

Kemudian, seorang pekerja akan membawa anda melihat sendiri bagaimana kilang tersebut melakukan kerja memproses beras melalui kaca pemerhati yang disediakan. 

Terdapat juga ruang pameran berkenaan padi dan kedai menjual cenderamata dan beras yang diproses oleh kilang ini. Rasa berasnya sangat sedap kerana diproses segar daripada kilang. 

Lawatan ke kilang memproses padi PLS Marketing pastinya menjadi pengalaman menarik buat anda sekeluarga.



4. Padi Box

Padi Box merupakan penginapan kontena di tengah sawah padi yang sememangnya popular di Sekinchan. Kalau selama ini anda biasa tidur di dalam bilik hotel, apa kata kali ni anda cuba pengalaman baru tidur dalam kontena di tengah kawasan bendang. 

Anak-anak anda pasti melompat penuh teruja bila anda bawa ke sini. Anda boleh menempah melalui website Airbnb, Agoda, Traveloka atau Expedia.

Setiap bilik yang diperbuat daripada kontena ini dihias dengan deco berwarna-warni. Tak perlu risau tentang bilik air, setiap bilik dilengkapi dengan bilik air masing-masing. 

Anda tak perlu keluar dari bilik setiap kali mahu pergi ke tandas. Kami cadangkan anda pilih bilik yang ada balkoni. Anda boleh berehat di balkoni sambil menikmati pemandangan sawah padi yang 
memukau.



Di sini juga ada disediakan taman permainan mini untuk kanak-kanak. Sambil anak anda bermain, bolehlah anda bersantai sambil ambil angin petang. Ada juga cafe untuk anda minum petang. 

Selain itu, ada juga common room yang boleh anda gunakan dengan percuma. Anda boleh bermain pool, permainan Nintendo dan board games yang disediakan.

Kalau anda teringin nak berbabeku, Padi Box menyediakan barbeque pit lengkap dengan sinki dan meja untuk anda gunakan. 

Petang-petang, kalau anda teringin nak berbasikal mengelilingi sawah padi, anda boleh sewa basikal di sini dengan kadar RM10 untuk 2 jam. 

Berbasikallah anda sepuas-puasnya. Ada juga basikal tandem untuk anda bawa anak kecil yang belum pandai mengayuh basikal sendiri.




5. Restoran Bas

Di sebelah Padi Box terdapat sebuah restoran unik yang mana ia terletak di dalam sebuah kontena dan bas. Bayangkan sebuah kontena dengan sebiji bas melekat di atasnya.  

Restoran unik ini dibuka setiap hari kecuali Selasa dan Rabu. Ia menyediakan menu western yang sedap untuk anda cuba.

6. Ah Ma’s House

Rumah kampung tradisional ini penuh dengan barang antik seperti telefon lama, radio, typewriter, peti televisyen lama, perkakasan memasak lama, dan kerusi rotan. 

Masuk ke dalam rumah lama ini pasti mengimbau kenangan zaman kanak-kanak anda. Kalau anda jenis suka mengumpul barang antik, di sini ada dijual barang antik seperti mangkuk tingkat.

Selain melihat rumah tradisional dengan barang antik yang dijaga dengan baik, di Ah Ma’s House, anda juga boleh melihat cara membuat kuih kapit secara tradisional yang dibakar dengan arang. Rasanya pasti tak sama dengan kuih kapit moden yang dibakar menggunakan oven.

Anda boleh membeli kuih kapit tradisional di sini. Selain kuih kapit, terdapat juga pelbagai makanan yang dijual di kedai runcit zaman 80an dan 90an seperti:


7. Pantai Redang

Di Sekinchan juga terdapat sebuah pantai yang popular iaitu Pandai Redang. Mungkin anda akan berasa sedikit kecewa kerana tak sesuai untuk bermandi-manda di sini. 

Namun anda masih boleh berkelah sambil bermain sand castle bersama anak-anak, memancing, bermain layang-layang, dan makan aiskrim sambil menunggu matahari terbenam.

8. Sekinchan 3D Art Gallery

Seperti galeri 3D yang lain, Sekinchan 3D Art Gallery memberikan anda pengalaman menarik dalam dunia 3D. 

Ia dibuka pada hari jumaat, sabtu, ahad, cuti umum, dan cuti sekolah sahaja dari pukul 9.30 pagi sehingga 6.30 petang. Kalau anda pergi pada hari lain, anda pasti kecewa. Di antara seni 3D yang ada di sini ialah bertemakan:

Tiket masuk ke Sekinchan 3D Art Gallery ialah RM12 untuk 14 tahun dan ke atas, RM10 untuk kanak-kanak 8 hingga 13 tahun, dan percuma untuk kanak-kanak dibawah umur 7 tahun.


8. SK Maze WWII The Lost Treasure

SK Maze WWII The Lost Treasure merupakan taman tema indoor games yang memerlukan anda melepaskan diri daripada lorong berliku-liku yang membingungkan.Anda perlu melepaskan diri daripada sesat dalam maze yang disediakan.

9. La Familia Orchard

La Familia Orchard adalah sebuah kebun buah yang menjual buah-buahan seperti jambu air, limau, ciku, dan mangga yang dipetik segar dari ladang. Anda juga boleh melawat kebun buah sambil melihat pokok buah yang ditanam di sini.

10. Mango King

Kalau anda suka makan buah mangga, anda wajib singgah di sini kalau dah sampai di Sekinchan. Mango King adalah kedai menjual buah mangga dalam pelbagai saiz. Terdapat juga mangga bersaiz mega yang sangat manis dijual di sini.

Itulah antara 10 tempat menarik di Sekinchan yang ingin kami kongsikan. 

Yang sebenarnya, ada banyak lagi tempat menarik di Malaysia yang belum kita kunjungi, kan? Sekinchan adalah salah satu daripadanya.

Jom kita bercuti ke Sekinchan.