Kerepek Ubi Pelbagai Perisa
Kerepek ubi merujuk kepada kerepek yang dihasilkan dari pokok ubi. Ubi yang dikopek akan dibasuh dan direndam didalam air bersih.
Kemudian ubi akan di hiris halus dan digoreng .Terdapat juga kerepek ubi yang digoreng dan disira dengan cili sambal bagi menghasilkan kerepek ubi sira pedas.
Ada juga kerepek ubi yang diberikan pelbagai perisa seperti BBQ, Lada Hitam, Pedas Basah, Pedas Kering.
Ia mudah dimakan begitu sahaja ketika santai atau kenduri kahwin dan untuk jamuan ringan.
Bagaimana Kuih Ros Memperolehi Nama?
Kuih Ros Antara Produk Dikeluarkan MHP ENTERPRISE |
Kuih ini berasal daripada kuih tradisional yang berasal dari India, khususnya selatan India (Tamil Nadu dan Kerala), di mana kuih ini dikenali sebagai 'Achu Murukku' atau 'Achappam', rasanya juga manis.
Di Malaysia, kuih ini dinamakan kuih goyang kerana selepas acuannya dicelup dalam adunan tepung cair, kuih ini dicelup ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan agar tanggal.
Kuih Ros menjadi pilihan ramai |
Nama ros pula sempena bentuknya menyerupai bunga. Nama loyang pula mungkin kerana acuannya diperbuat daripada logam loyang.
Warna asal kuih ini adalah keemasan, tetapi kini terdapat kuih goyang pelbagai warna.
Kuih ini biasanya dibuat semasa musim perayaan Hari Deepavali, Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.
Di MHP Enterprise, Kuih Ros juga dihasilkan dan dimasukkan dalam Kanister.
Langgan:
Catatan (Atom)