SELAMAT DATANG KE MHP ENTERPRISE SDN BHD

Produk Halal Berkualiti Matlamat Kami

Selamat Datang...

Ahad, 31 Mac 2013

Tekad Majukan Bisnes Masri






Oleh Ahmad Isyafiq Mad Desa
Puteri sulong daripada lima beradik ini tekad mewarisi perniagaan ayahnya, Punari@Zainuddin Salleh, 60, yang berniaga sayur-sayuran kampung di Pasar Tani sekitar 1985.
Musleha Zainuddin, 32, yang kini Pengurus Syarikat MHP Enterprise (Masri), berkata bagi mengelak warisan keluarganya berkubur, dia mengambil alih tugas itu. 
Menggunakan modal RM10,000, perniagaan diusahakan terus berkembang dengan terbinanya pusat pembungkusan dan pemasaran produk pada 1998. 

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu mengakui pernah berfikir untuk ‘makan gaji’.

Namun, atas nasihat ayahnya, dia tidak menoleh ke belakang lagi untuk menentukan hala tuju masa depan.

“Siapa yang tidak cemburu melihat rakan lain berjaya, berpakaian kemas dan segak, tetapi saya seronok dengan tugas ini kerana cara berpakaian mudah. 

“Tudung yang saya pakai pun tidak berhias dengan batu dan manik. Setiap hari hanya jaga di kaunter dan menanti kedatangan pelanggan. 

“Dari cuci tandas, buang sampah, sapu kedai sehingga menyusun stok semua dibuat sendiri, semua saya lakukan,” katanya. 

Musleha yang mengambil alih perniagaan keluarganya pada 2006 berkata, ayahnya yang dianggap ikon memberikan banyak pendedahan dunia perniagaan, selain membantu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor. 

“Hubungan keluarga kami dengan beberapa pegawai FAMA Selangor baik. 

“Saya bersyukur FAMA banyak membantu saya sepanjang memasarkan produk ini,” katanya ditemui di Wisma Masri di Sekinchan. 

Musleha berkata, kuah kacang atau pecal adalah produk paling laris, malah dieksport ke Dubai, China dan Singapura menggunakan jenama Agromas. 

“Kuah kacang atau pecal memang produk istimewa kami kerana ia resipi turun temurun daripada arwah nenek. 

“Bayangkan resipi ini berusia 80 tahun, namun rasa dan cara pembuatan kuah kacang atau pecal ini masih sama,” katanya. 

Berdasarkan purata jualan bulanan, produk kuah kacang terbabit menyumbang sehingga 40 peratus pendapatan syarikat, manakala 30 peratus produk Masri seperti kerepek dan kuih muih tradisional. 

Beliau mengakui, konsep murah hati dan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan dan prinsip dirinya ketika berdepan dengan pelanggan. 

Ini termasuk mereka yang berkunjung ke gerainya atau tapak Pasar Tani FAMA di Kuala Selangor, Keramat Permai dan Segambut. 

“Ayah sentiasa berpesan, jika berniaga jangan fikir untung saja, amalkan konsep bersedekah dan tidak kedekut. 

“Contoh jika kerepek harganya RM2 untuk 120 gram, tiada salah meletakkan 125 gram atau 130 gram dalam setiap bungkusan itu. 

“Malah, ayah juga selalu bagi harga murah kepada pelanggan. Kata ayah, setiap senyuman pelanggan yang berkunjung sama ada di gerai atau di pasar tani adalah rezeki,” katanya. 

Perniagaannya di Wisma Masri memasarkan lebih 20 kerepek dan kuih tradisional 
seperti baulu, rempeyek kacang tanah, kacang dal dan kacang hijau, kerepek ubi, kerepek bawang, muruku dan kerepek pisang. 

Selepas ditubuhkan lebih 10 tahun lalu, Wisma Masri kini mempunyai hampir 40 tenaga kerja.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09


Selasa, 10 Julai 2012

Usahawan IKS Perlu Bijak Jana Pasaran


SINAR HARIAN
SOFYAN RIZAL ISHAK
10 Julai 2012

Usahawan IKS perlu bijak jana pasaran
Tempe akan dihiris nipis menggunakan mesin sebelum digoreng
Usahawan IKS perlu bijak jana pasaran
Tempe chip Hairul ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna seluruh negara








































Usahawan industri kecil sederhana (IKS) sering kali berhadapan masalah apabila ingin memasarkan produk mereka di pasaran. Lazimnya, situasi itu terjadi ekoran mereka tidak mempunyai modal mencukupi dan kekurangan ilmu serta pengalaman.
Perkara ini ada kalanya menjadi kekangan utama kepada golongan usahawan untuk terus berkembang maju dalam perniagaan, apatah lagi sekiranya mereka baru sahaja memulakan perniagaan.
Bagaimana pun, Hairul Ashid Paat, 35, berjaya membuktikan bahawa perkara itu tidak pernah menghalang dirinya untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan malah beliau bijak memilih strategi pemasaran terbaik bagi memastikan produknya mendapat sambutan di pasaran.
Menurutnya, beliau memulakan perusahaan tempe chip sejak dua tahun lalu selepas perniagaan sayur-sayurannya tidak mendatangkan keuntungan lumayan.
“Oleh sebab itu, saya mula memikirkan inisiatif untuk menjana pendapatan dan setelah berbincang dengan kedua ibu bapa, saya mendapat idea untuk menjalankan perniagaan tempe chip ini,” katanya pada Info Agro.
Pengusaha Cahaya Haimas Enteprise ini berkata, ibu bapanya banyak memberi tunjuk ajar dalam pembuatan tempe chip daripada segala aspek termasuk pengeluaran, pembuatan dan pemasaran.
“Ibu bapa saya memang mahir dalam pembuatan tempe mentah di mana ia adalah antara produk perniagaan sayur kami sejak 20 tahun tahun dahulu. Apa-apa pun, saya bersyukur kerana perniagaan kami masih bertahan dan diluaskan melalui penghasilan makanan ringan ini,” katanya.
Walau pun mempunyai produk unik, namun Hairul tidak mempunyai keupayaan mencukupi untuk memasarkan produk tersebut ekoran tidak mempunyai kemahiran dan masih baru dalam bidang IKS.

Atas sebab itu, beliau mengambil keputusan untuk memasarkan produknya melalui pusat jualan setempat produk usahawan IKS Agro Baazar KShoppe MHP Enterprise yang terletak di Sekinchan, Selangor.
Jualan meningkat 60 peratus

Anak kelahiran Selangor ini berkata, pusat sehenti tersebut merupakan pilihan tepat untuk beliau mencari tapak dalam perniagaan di samping menjana keuntungan lumayan.
“Saya hanya memasarkan tempe chip di tempat ini kerana ia mempunyai potensi untuk menarik pelanggan tambahan ia menghimpunkan pelbagai produk dari seluruh negara,” katanya.
Ketika ditanya sambutan daripada pelanggan, Hairul berkata, tempe chip mendapat permintaan menggalakkan di mana kebanyakan pelanggan memuji kerangupan dan lemak produk makanannya itu.
Pada peringkat awal, jualan tempe chip Hairul amat positif meskipun baru di pasaran dan ia mengalami peningkatan mendadak kira-kira 60 peratus daripada tahun sebelumnya.
“Saya tidak menyangka tempe chip mendapat sambutan hebat tahun lalu dan saya tidak menang tangan dalam memenuhi permintaan pasaran kerana ketika itu, saya hanya menjalankan operasi berseorangan.

“Rentetan itu, saya mengambil jalan selamat apabila menggunakan tiga pekerja bagi memenuhi permintaan terhadap tempe cip ini yang dijangka meningkat menjelang musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata, syarikatnya menghasilkan tempe chip dalam dua bungkusan iaitu 350 gram per bungkus untuk pasaran runcit dan tiga kilogram (pasaran pukal).

Hairul berkata, produknya mendapat permintaan menggalakkan daripada pelanggan tidak kira sama ada di waktu biasa mahu pun musim perayaan.

Secara purata, beliau menghasilkan kira-kira 50 kilogram tempe chip sehari untuk dijual dengan jumlah itu akan meningkat kepada 70 kilogram menjelang musim perayaan.
“Saya amat bertuah kerana dapat memasarkan produk di pusat sehenti ini di mana ia membantu dalam mempromosikan hasil keluaran saya.
Ia juga adalah platform terbaik kerana premis ini menjadi tumpuan masyarakat setempat dan pelanggan luar,” katanya.
Ketika ditanya rancangan jangka panjang, beliau ingin memberi tumpuan kepada pengeluaran dan pasaran tempe chip tempe bagi memastikan bekalan produk sentiasa konsisten dan dapat dipasarkan ke seluruh negara.

Selain itu, beliau bercadang untuk mempelbagaikan perisa tempe chip bagi memberi pilihan kepada pelanggan dan menjana keuntungan buat beliau.
Galak penyertaan usahawan IKS
PENGURUS MHP ENTERPRISE SDN BHD
Pengurus MHEnterprise, Musliha Punari berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan hasrat usahawan IKS yang ingin memasarkan produk mereka ke premisnya bagi membantu usahawan IKS meningkatkan pendapatan dan produk masing-masing.




Menurutnya, Hairul merupakan usahawan tunggal yang membekalkan tempe chip untuk premisnya.

“Pada peringkat awal, saya meminta beliau menghasilkan sampel untuk diuji, Setelah yakin dengan kualitinya, saya mula memasarkan produknya pada pertengahan 2010,” katanya.

Beliau berkata, usahawan yang berminat digalakkan menghantar seberapa banyak produk ke premis ini tidak kira untuk pasaran harian atau pasaran bermusim. Apa yang penting adalah produk dihasilkan berkualiti dan mereka perlu konsisten dalam penghantaran bekalan.


“Kami juga memberi khidmat nasihat secara tidak langsung terutama buat usahawan baru bagi meningkatkan kualiti produk dan mengembangkan perniagaan,” katanya.






Pusat sehenti Agro Baazar K-Shoppe MHP Enterprise adalah pusat jualan produk IKS setempat yang menawarkan 160 jenis produk daripada 80 peserta seluruh negara di mana sebahagian daripadanya merupakan usahawan sekitar Sekinchan dan Selangor 

Rabu, 14 Mac 2012

Video Korporat MHP Enterprise Sdn Bhd



MHP Enterprise Sdn Bhd : SELAMAT MENONTON..


VIDEO : Pembuatan Kuah Kacang : Sila Klik Link Di Bawah.....


http://agrimedia.fama.gov.my/video/MHP-Enterprise-Sdn-Bhd-/ee602cb1fa77be2f3b79ed187b5237a9

Selasa, 16 Ogos 2011

Wisma MASRI - MHP Enterprise Sdn Bhd






Bangunan baru - Agro Bazaar K Shoope MHP Enterprise pusat jualan pelbagai makanan tradisional di Parit 7 Sekinchan Selangor yang dibuka awal 2011 dengan kemudahan tempat letak kereta yang lebih luas dan premis yang lebih selesa.

Agrobazaar “K-Shoppe” MHP Enterprise Sdn Bhd (932047D) menawarkan pemasaran produk industri asas tani melalui pendekatan pemasaran yang lebih berfokus, teratur dan meluas.

Menggunakan jenama MASRI, Agrobazaar K-Shope MHP Enterprise Sdn Bhd berfungsi menjadi 1 Stop Centre bagi produk usahawan IKS yang menjalankan perusahaan makanan ringan berasaskan pertanian .

Diasaskan oleh Haji Punari @ Zainuddin Haji Salleh dan Hajjah Mastura Senon , MHP Enterprise Sdn Bhd turut menerima tempahan bagi majlis keraian dan korporat serta hamper dengan nilai RM30, RM50, RM100 dan ke atas.

Pengurusnya, Musleha Zainuddin berkata, MHP menawarkan pelbagai dan kelainan produk industri makanan tradisional dan mendapat pengiktirafan Sijil Halal dan jaminan kualiti pengeluarannya.

Produk MHP Enterprise : Bahulu Cermai/ Ikan, Bahulu Pecah Lapan, Bahulu Gulung Jem Nenas/Lapis, Biskut Bangkit Santan/ Pandan/ Keladi, Kuih Tiram, Kuih Ros, Rempeyek Kacang Tanah/ Dal/ Hijau dan Mini.

Turut ditawarkan di Agrobazaar K-Shoppe MHP Enterprise Sdn Bhd adalah Kuah Pecal/ Kacang, Kuah Rojak, Biskut Mazola, Biskut Tart nenas, Jejari Udang/Bilis, Dodol, Kek Pisang/ Gula Hangus/ Marble, Kerepek Ubi Masin, Kerepek Ubi Perisa BBQ, Kerepek Ubi Perisa Lada Hitam, Kerepek Ubi Perisa Pedas Basah, Kerepek Ubi Perisa Pedas Kering, Maruku, Kerepek Bawang dan pelbagai lagi.

Pihaknya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar produk IKS dengan tawaran harga kilang dengan menghubungi Agrobazaar K-Shoppe MHP Enterprise Sdn Bhd.


MHP Enterprise Sdn Bhd

Latar Belakang

Menjual kuah rojak, makanan ringan serta produk pertanian di pasar tani pada tahun 1990-an merupakan titik permulaan bagi Punari @Zainudin Salleh, 59, membina empayar perniagaannya.

Seribu langkah itu bermula daripada langkah pertama. Itulah kata kata perangsang kemajuan perniagaan MHP Enterprise milik pasangan suami isteri, Punari Salleh dan Mastura Senon bersama anak sulung mereka, Musleha. Cerita insan tabah yang membangunkan MHP Enterprise itu, semua yang dimiliki hari ini bermula dengan perniagaan pertanian secara kecil-kecilan di pasar tani yang diwujudkan oleh FAMA di sekitar Lembah Klang. "Semua kerja juga dijalankan secara tradisional.

Tidak ada mesin mahupun tenaga kerja yang ramai untuk bangunkan perniagaan ini," ujar Punari dengan loghat jawa yang pekat ketika ditemui di kilang MHP Enterprise, Sekinchan, Kuala Selangor, baru-baru ini. Pada peringkat awal perniagaan itu, Punari memasarkan produk ke pasar tani "Waktu itu, pendapatan syarikat yang disumbangkan oleh pasar tani ialah 70 peratus dan pusat jualan di Parit 7 Sungai Leman hanya 30 peratus.

"Tetapi kini peratusan pendapatan itu dah terbalik. Ia menunjukkan perkembangan yang cukup memberangsangkan," kata Punari. Kini, selepas lebih 10 tahun berkecimpung dengan perniagaan kecil-kecilan, akhirnya dengan bantuan dan galakkan isteri Mastura Senon, dia berjaya membina empayar MHP Enterprise.

"Berkat kesabaran yang tinggi, perniagaan ini sudah berkembang sampai ke tahap ini. MHP Enterprise dibangunkan dengan modal RM10,000. Pada masa itu, modal saya gunakan hanya untuk beli, bungkus dan pasarkan jualan.

Usaha gigih pasangan itu menerusi perniagaan kerepek telah membuka mata pihak tertentu untuk sama-sama membangunkan perusahaan tersebut. Menggunakan jenama Masri, gabungan nama suami isteri Mastura dan Punari - memberikan tuah kepada Punari sehingga produknya berjaya mendapat tempat di rak-rak di pasar raya besar seperti Giant.

"Siapa sangka produk yang bersifat kampung seperti kerepek, baulu, rempeyek dan biskut tradisional mempunyai potensi yang cukup tinggi dan unik di pasaran," katanya. Ini yang menjadi kekuatan awal kepada syarikatnya dalam ruang modal yang terbatas dan infrastruktur serba sederhana menjadi kuat daripada semasa ke semasa.

Bagaimanapun, tidak mahu terlalu lama mengetuai MHP Enterprise, Punari memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak sulungnya, Musleha Punari. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Musleha berjaya membawa pelbagai peningkatan kepada produk jenama Masri dan MHP Enterprise.

Sebagai pengurus MHP Enterprise, Musleha berjaya melonjakkan jualan kasar selain mendapat pengiktirafan halal daripada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha membawa produk syarikat ke pasaran yang lebih luas. "Pada mulanya saya menangis apabila ayah memberikan tanggungjawab menguruskan MHP Enterprise. "Mana tidaknya, dengan kelulusan yang ada tentu saja saya berpeluang menjawat jawatan lebih baik di syarikat antarabangsa," katanya.

Mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan MHP Enterprise kini mempunyai 40 orang pekerja tetap dan sementara. Bukan itu saja, kini MHP Enterprise juga menjadi pusat jualan untuk produk-produk makanan ringan tradisional yang diusahakan oleh penduduk sekitar.

Kini MHP Enterprise banyak menerima pelawat yang menginap di hotel dan inap desa sekitar Kuala Selangor, Sekinchan dan kawasan sekitarnya selain peserta kursus dari agensi kerajaan dan swasta. "Kami juga menerima delegasi dan pelancong asing seperti Iran, Belanda, Indonesia, Perancis, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Nepal, Filipina, Singapura, Myanmar, Brunei dan Thailand," kata Musleha.

MHP Enterprise akan terus memandang ke hadapan dan disasarkan selepas ini, syarikat terbabit akan mengembangkan perusahaannya dengan mewujudkan lebih banyak cawangan. Di samping peningkatan kualiti terhadap produk melalui kerjasama penyelidikan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Sirim Berhad dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di harap produk selepas ini boleh menembusi dan bersaing di pasaran global pula.

Bagi yang berminat boleh melayari laman blog www.mhp2020.blogspot.com atau hubungi Musleha di 019-3682346 atau 019-3779136


Sekinchan's one-stop centre for traditional snacks



SEKINCHAN,SABAK BERNAM : If you are in Sekinchan here, you may want to drop by the MHP Enterprise shop that has garnered an impressive reputation for producing and selling 20 different traditional Malaysian snacks under their Masri brand.
The business began in 1990 by Haji Punari @ Zainuddin Salleh, 59, and wife Mastura, and over the past two decades, they also distributed their products at farmer's markets all over Selangor.
The company, now managed by the couple's eldest daughter, Musleha, employs 20 at their factory and part-timers who are secondary school and university students.
MHP Enterprise produces traditional snacks all year long, and caters for weddings and government functions, as well as package snacks as gift hampers for the corporate sector.
Of all the snacks, the top-seller is the hot bahulu, baked fresh at their main outlet here.
MHP can be contacted at www.mhp2020.blogspot.com or by calling  Musleha at 019-3682346.
SITI NURSURAYA ALI

Pusat Jualan MHP Enterprise Di Bangunan Baharu

Pelbagai aneka kerepek dan makanan tradisional

Konsep pusat jualan yang berimej baharu

Berwajah baharu untuk keselesaan para pelanggan


EDISI KHAS PERKAHWINAN

Bahulu untuk 'gift' perkahwinan juga ditawarkan pada harga yang menarik


Isnin, 6 September 2010

Graduan jadi usahawan kuih

Graduan jadi usahawan kuih


Musleha Punari sentiasa berusaha mengembangkan perusahaannya menjadi lebih besar dengan mewujudkan lebih banyak cawangan.


MENJUAL kuah rojak, makanan ringan serta produk pertanian di pasar tani pada tahun 1990-an merupakan titik permulaan bagi Punari @Zainudin Salleh, 59, membina empayar perniagaannya.

"Ketika mula-mula menceburi perniagaan pasar tani saya hanya memikirkan mencari rezeki untuk keluarga," katanya ketika ditemui di premisnya di Sungai Leman, Sekinchan, Selangor.

Sebelum berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dia pernah bekerja sebagai buruh di Singapura dan berkebun.

Matlamatnya hanya satu, untuk mencari rezeki bagi anak-anak dan isteri.

Kini, selepas lebih 10 tahun berkecimpung dengan perniagaan kecil-kecilan, akhirnya dengan bantuan dan galakkan isteri Mastura Senon, dia berjaya membina empayar MHP Enterprise.

Menggunakan jenama Masri, gabungan nama suami isteri Mastura dan Punari - memberikan tuah kepada Punari sehingga produknya berjaya mendapat tempat di rak-rak di pasar raya besar seperti Giant.

Sebagai pengasas, Punari memulakan usaha kecil membangunkan MHP Enterprise hanya dengan modal RM10,000.

"Siapa sangka produk yang bersifat kampung seperti kerepek, baulu, rempeyek dan biskut tradisional mempunyai potensi yang cukup tinggi dan unik di pasaran," katanya.

Ini yang menjadi kekuatan awal kepada syarikatnya dalam ruang modal yang terbatas dan infrastruktur serba sederhana menjadi kuat daripada semasa ke semasa.

Bagaimanapun, tidak mahu terlalu lama mengetuai MHP Enterprise, Punari memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak sulungnya, Musleha Punari.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Musleha berjaya membawa pelbagai peningkatan kepada produk jenama Masri dan MHP Enterprise.

Sebagai pengurus MHP Enterprise, Musleha berjaya melonjakkan jualan kasar selain mendapat pengiktirafan halal daripada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha membawa produk syarikat ke pasaran yang lebih luas.

"Pada mulanya saya menangis apabila ayah memberikan tanggungjawab menguruskan MHP Enterprise.

"Mana tidaknya, dengan kelulusan yang ada tentu saja saya berpeluang menjawat jawatan lebih baik di syarikat antarabangsa," katanya.

Mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan MHP Enterprise kini mempunyai 40 orang pekerja tetap dan sementara.

Bukan itu saja, kini MHP Enterprise juga menjadi pusat jualan untuk produk-produk makanan ringan tradisional yang diusahakan oleh penduduk sekitar.

Kini MHP Enterprise banyak menerima pelawat yang menginap di hotel dan inap desa sekitar Kuala Selangor, Sekinchan dan kawasan sekitarnya selain peserta kursus dari agensi kerajaan dan swasta.

"Kami juga menerima delegasi dan pelancong asing seperti Iran, Belanda, Indonesia, Perancis, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Nepal, Filipina, Singapura, Myanmar, Brunei dan Thailand," kata Musleha.

MHP Enterprise akan terus memandang ke hadapan dan disasarkan selepas ini, syarikat terbabit akan mengembangkan perusahaannya dengan mewujudkan lebih banyak cawangan.

Di samping peningkatan kualiti terhadap produk melalui kerjasama penyelidikan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Sirim Berhad dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di harap produk selepas ini boleh menembusi dan bersaing di pasaran global pula.

Bagi yang berminat boleh melayari laman blog www.mhp2020.blogspot.com atau hubungi Musleha di 019-3682346 atau 019-3779136.