
Agrobazaar “K-Shoppe” MHP Enterprise Sdn Bhd (932047D) menawarkan pemasaran produk industri asas tani melalui pendekatan pemasaran yang lebih berfokus, teratur dan meluas.
Menggunakan jenama MASRI, Agrobazaar K-Shope MHP Enterprise Sdn Bhd berfungsi menjadi 1 Stop Centre bagi produk usahawan IKS yang menjalankan perusahaan makanan ringan berasaskan pertanian .
Diasaskan oleh Haji Punari @ Zainuddin Haji Salleh dan Hajjah Mastura Senon , MHP Enterprise Sdn Bhd turut menerima tempahan bagi majlis keraian dan korporat serta hamper dengan nilai RM30, RM50, RM100 dan ke atas.
Pengurusnya, Musleha Zainuddin berkata, MHP menawarkan pelbagai dan kelainan produk industri makanan tradisional dan mendapat pengiktirafan Sijil Halal dan jaminan kualiti pengeluarannya.
Produk MHP Enterprise : Bahulu Cermai/ Ikan, Bahulu Pecah Lapan, Bahulu Gulung Jem Nenas/Lapis, Biskut Bangkit Santan/ Pandan/ Keladi, Kuih Tiram, Kuih Ros, Rempeyek Kacang Tanah/ Dal/ Hijau dan Mini.
Turut ditawarkan di Agrobazaar K-Shoppe MHP Enterprise Sdn Bhd adalah Kuah Pecal/ Kacang, Kuah Rojak, Biskut Mazola, Biskut Tart nenas, Jejari Udang/Bilis, Dodol, Kek Pisang/ Gula Hangus/ Marble, Kerepek Ubi Masin, Kerepek Ubi Perisa BBQ, Kerepek Ubi Perisa Lada Hitam, Kerepek Ubi Perisa Pedas Basah, Kerepek Ubi Perisa Pedas Kering, Maruku, Kerepek Bawang dan pelbagai lagi.
PROMOSI HEBAT
MHP Enterprise Sdn Bhd menyediakan empat pek istimewa dengan lima biji bahulu ikan dalam setiap pek untuk majlis perkahwinan dengan harga promosi bermula 07 Ogos 2011 hingga 31 Disember 2011.
Harga bagi satu pek adalah RM2.30 dan pelanggan boleh mendapatkan dengan harga RM1.50 dengan tempahan 1,000 pek ke atas dalam tempoh promosi.
*Pelanggan boleh membuat tempahan awal dalam tempoh promosi bagi majlis yang diadakan. Sila hubungi 013-6619960 (Wan) dan 019-3682346 (Mus)